Bismillahirahmanirahim..
            Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Pn. Latifah Bt Husain kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
            Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan E-folio ini. Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.
            Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan dan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah lakukan. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan kepada mereka.

            Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan E-folio ini.Terima kasih.



Rujukan
  

Penghargaan

Posted by : Hazamee 0 Comments

Kesimpulan 

Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi
Tanah Melayu.Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu. Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.


Pengajaran
  • Sejarah awal negara memperlihatkan kehidupan masyarakat zaman awal dan perkembangannya.
  • Manusia atau sesuatu tamadun manusia itu berkembang mengikut peredaran masa dan zaman.
  • Sesebuah negara atau bangsa itu perlu mempertahankan identiti sendiri, walaupun masa dan persekitaran sentiasa berubah.
  • Penjajahan memberikan banyak kesan negatif kepada sesebuah negara.
  • Rakyat yang tidak bersatu padu dan tidak taat setia kepada negara akan menyebabkan negara itu dijajah.
  • Sesuatu bangsa itu perlu mempunyai ilmu yang secukupnya agar minda mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah asing.
  • Ilmu penting untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa.
  • Peristiwa penjajahan di Tanah Melayu memperlihatkan perlunya rakyat pada waktu itu mempunyai ilmu yang tinggi, terbuka minda, taat setia, bersatu-padu dan patuh kepada undang-undang negara.

Kesan kepada Bangsa dan Negara Malaysia

  • Sejarah awal Tanah Mekayu penting sebagai pusaka bangsa kerana ia memaparkan sejarah silam dan tamadun Tanah Melayu zaman awal.
  • Tanah Melayu merupakan sebuah negara berdaulat yang mempunyai pemerintah dan sistem pemerintahan tersendiri.
  • Bahasa Melayu ialah bahasa yang terkenal pada abad ini sehingga menjadi lingua franca di Asia Tenggara.
  • Penjajahan Jepun telah meninggalkan kesan psikologi dan traumatik kepada mereka yang terlibat.
  • Penjajahan Brotosh terutamanya telah mengubah demografi Tanah Melayu iaitu terbentuknya kawasan luar bandar dan bandar.
  • Tanah Melayu atau Malaysia sedikit sebanyak telah mengguna pakai sistem pentadbiran British dalam beberapa aspek pemerintahan negara.

Renungan untuk Generasi Baru
  • Generasi masa ini perlu ada usaha untuk memajukan diri setiap masa serta mengamalkan sikap cinta akan ilmu dan menerapkan sikap perpaduan kaum dalam diri mereka.
  • Generasi baru perlu mejadikan peristiwa penjajahan di Tanah Melayu sebagai iktibar agar sentiasa mengisi kemerdekaan yang dikecapi dengan melakukan sesuatu yang akan menaikkan nama negara di mata dunia dan pada masa yang sama memastikan kedaulatan negara sentiasa dipelihara.
  • Golongan intelektual tidak boleh menggunakan kebijaksanaan dan ilmu yang dimiliki ke arah jalan yang salah kerana hal ini akan merosakkan negara itu sendiri.
  • Generasi bakal pemimpin harus pandai menjalinkan kerjasama dengan negara luar agar tidak terpengaruh dengan taktik yang digunakan oleh orang luar untuk menjatuhkan negara ini.
  • Generasi kini perlu bekerja keras bagi memajukan dan menaikkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa supaya negara luar menghormati kedaulatan negara ini.
  • Nilai-nilai murni yang boleh diambil daripada peristiwa penjajahan ini ialah setiap warganegara perlu memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Ulasan

Posted by : Hazamee 0 Comments


  • Tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 apabila kalah di tangan Kuasa Berikat dan akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat.

  • Apabila Jepun menyerah kalah, British mengambil masa 14 hari sebelum kembali ke Tanah Melayu. Dalam tempoh 14 hari, Parti Komunis Malaya (PKM) melalui Bintang Tiga cuba menguasai Tanah Melayu dan mencetuskan huru-hara.
  • Pada bulan September 1945, British telah kembali semula ke Tanah Melayu dan berusaha mengawal keadaan dengan memerangi kumpulan berideologi komunis. British telah mengisytiharkan Darurat, Racangan Briggs dan Racangan Templer untuk memulihkan semula keadaan.
  • Sir Gerald Templer telah memperkenalkan sistem pembahagian wilayah kepada kawasan hitam dan kawasan putih. Kawasan hitam ialah kawasan yang didapati giat dengan aktiviti komunis dan perlu diberi kawalan ketat oleh pihak pertahanan. Manakala kawasan putih ialah kawasan yang selamat atau bebas daripada pengaruh komunis.
  • Kerajaan British juga memperkenalkan sistem kad pengenalan di mana rakyat berumur 12 tahun ke atas diwajibkan mendaftar dan memiliki dokumen pengenalan diri. 
  • Rancangan Penempatan Semula atau dikenali sebagai Rancangan Briggs, rancangan ini bertujuan untuk menyekat makanan dan perubatan supaya tidak mudah diperolehi anggota komunis yang sebelum ini mendapat bekalan dari kampung-kampung di pinggir hutan.
  • Rancangan Briggs telah diperkenalkan oleh seorang Jeneral British yang bernama Harold Briggs untuk menjayakan usaha ini.

Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun

Posted by : Hazamee 0 Comments
Dasar Pemerintahan Jepun Di Tanah Melayu

1. Dasar Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
  • Jepun perkenalkan pelbagai dasar.
  • Dasar Jepun sering berubah mengikut kepentingan.
  • Kebajikan penduduk tidak dijaga.
  • Penduduk tiada hak bersuara.
  • Setiap dasar Jepun mempunyai muslihat tertentu.
  • Apabila Jepun sedar akan kalah dalam Perang Dunia II barulah Jepun membuat dasar yang memberi kebaikan kepada penduduk.
  • Tujuan untuk mendapat sokongan penduduk tempatan supaya tidak kembali menyokong British.
  • Dasar pemerintahan boleh dilihat dalam aspek politik, ekonomi & sosial.


i. Politik
  • Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri.
  • Sultan hanya menjadi ketua agama Islam & adat istiadat Melayu sahaja.
  • Sultan diberi elaun seperti semasa pemerintahan British.
  • Tanah Melayu dijadikan tanah jajahan Jepun.
  • Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah.


ii. Ekonomi
  • Ekonomi Tanah Melayu dieksploit untuk kegiatan perindustrian & membiayai peperangan.
  • Mata wang Jepun diperkenalkan.
  • Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digalakkan.
  • Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian.
  • Layanan istimewa diberikan kepada  kaisha ( syarikat Jepun ).


iii. Sosial
  • Sekolah Inggeris & Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh Barat & China.
  • Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpukan kepada Maharaja Jepun.
  • Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah.
  • Bahasa Jepun atau Nippon-go menjadi bahasa pengantar di sekolah.
  • Satu ruangan khas belajar bahasa Jepun dimuatkan dalam akhbar Fajar Asia.
  • Rakyat diwajibkan belajar bahasa Jepun.
  • Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan.
  • Orang Melayu dilayan lebih baik untuk mendapatkan sokongan pemerintahan
  • Orang Cina dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China-Jepun.
  • Orang India dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India.

Contoh Dasar Penjepunan


  • Mata wang Jepun diperkenalkan.
  • Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan.
  • Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar.
  • Murid sekolah dan kakitangan kerajaan dipaksa menyanyikan lagu kebangsaan Jepun Kimigayo.

Kesan-kesan Pendudukan Jepun

Posted by : Hazamee 0 Comments
Dasar Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu


1. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
  • Pemerintahan bercorak tentera di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
  • Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru ( Melayu Baru ).
  • Singapura dikenalisebagai Syonan ( Cahaya Selatan ).
  • Memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu
  • Pentadbiran Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu.
  • Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu terbahagi dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah.


i. Pentadbiran Pusat
  • Jepun gabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera di bawah pentadbiran pusat.
  • Diketuai Pengarah Agung berpusat di Singapura.
  • Dibantu oleh Mahkamah, Biro Pentadbiran dan Majlis Pusat.
  • Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan di bawah pentadbiran Borneo Utara.
  • Diketuai oleh Gabenor Jeneral di Kuching.


ii. Pentadbiran Wilayah
  • Di bawah pentadbiran pusat yang terdiri daripada negeri-negeri.
  • Setiap wilayah diketuai Gabenor Wilayah.
  • Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberikan kepada Thailand sebagai menghargai kerjasama.
  • Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah (Kuching, Sibu & Miri).
  • Sabah kepada dua wilayah (Jesselton & Sandakan).
  • Setiap wilayah diketuai seorang Gabenor Wilayah.
  • Diperingkat daerah pentadbiran sama dengan pentadbiran British.
  • Mempunyai Residen, Pegawai Daerah (15 buah daerah) & Ketua Tempatan.



Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu

Posted by : Hazamee 0 Comments
Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu



1. Melalui Kawasan Utara di Thailand

  • Tentera Jepun mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailand pada 8 Disember 1941.
  • Tentera terus mara ke Jitra, Kedah.
  • Tentera berpecah dua.
  • Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat.
  • Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat.

2. Melalui Kawasan Kota Bharu

  • Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941
  • Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur

3. Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah

  • Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941.
  • Berpecah kepada dua pasukan.
  • Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu.
  • Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan.
  • Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama di bandar-bandar besar.
  • Tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah.


Cara Kemaraan Tentera Jepun

1. Menggunakan kapal terbang perang


  • Digunakan tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu.
  • Kapal ini sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun.

2. Menggunakan kereta kebal penggempur 


  • Berjaya memaksa tentera British berundur.
  • Jepun menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan.

3. Menggunakan bot


  • Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai.

4. Menggunakan basikal


  • Tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British.
  • Basikal mudah untuk melalui jalan sempit.


Kesan Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu

1. Jepun menguasai Tanah Melayu

  • Tentera Jepun berjaya kuasai Tanah Melayu dalam masa 10 minggu.
  • Pada 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun.
  • Leftenan Jeneral A.E.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki (dikenali “Harimau Malaya”) di Singapura.
  • Jepun gunakan strategi peperangan yang baik terutama kegiatan perisikan Jepun yang berkesan.

2. Banyak berlaku kemusnahan

  • Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan.
  • British gunakan taktik “bumi hangus”British memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan perlombongan.
  • Tujuannya untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi.
  • Contoh kemusnahan ialah Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan dan Bangunan  Muzium Selangor.
  • Di Sarawak, British membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan.

3. Jepun gagal menguasai bahan mentah Tanah Melayu

  • Tindakan British berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah negara.

 4. Kelemahan tentera British di Tanah Melayu

  • Tentera British yang terdiri daripada askar-askar India-Gurkha, Australia dan British tidak mampu menyekat kemaraan tentera Jepun.
  • Tentera British tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh kecuali Singapura.
  • British tumpukan perhatian untuk pertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah.
  •  Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu.

Jepun Di Tanah Melayu II

Posted by : Hazamee 1 Comment

- Copyright © 2013 DTK1A 2015 - Shingeki No Kyojin - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -